Tuesday 25 October 2016

Filled Under:

"Saya Bekerja Disini Tolong Jangan Percaya Dengan Dia Yg Cuba Memporak-Perandakan Keadaan!", Tercalar Dengan Imej Doktor Akhirnya Doktor Ini Mengeluarkan Faktar Tentang Hospital Sultanah Aminah Buat Orang Ramai Tergamam!


    "Saya Bekerja Disini Tolong Jangan Percaya Dengan Dia Yg Cuba Memporak-Perandakan Keadaan!", Tercalar Dengan Imej Doktor Akhirnya Doktor Ini Mengeluarkan Faktar Tentang Hospital Sultanah Aminah Buat Orang Ramai Tergamam!



    HOSPITAL SULTANAH AMINAH : ICU PERTAMA DI MALAYSIA


    Hospital Sultanah Aminah yang mula beroperasi pada tahun 1882 adalah sebuah hospital kerajaan yang terletak di Johor Bahru. Pada awal operasinya, ia dikenali sebagai Hospital Besar Johor Bahru dan hanya dilengkapi dengan satu wad. Pertambahan unit, fasiliti dan bangunan dibuat secara berkala.


    Bangunan baru telah didirikan antara tahun 1938 sehingga 1941 untuk menanggung beban jumlah pesakit yang semakin bertambah. Bangunanberwarna merah bata ini dikenali sebagai bangunuan induk. Ia menjadikannya satu-satunya hospital yang berwarna merah di negara ini.


    Pada era itu, Hospital Sultanah Aminah merupakan sebuah hospital moden yang mempunyai fasiliti yang lengkap. Antaranya unit yang menjadikan hospital ini terkenal dan gah pada era 70-an adalah Unit Rawatan Rapi(ICU).


    Unit Rawatan Rapi Hospital Sultanah Aminah adalah unit rawatan rapi pertama di Malaysia yang dibangunkan untuk sektor awam. Unit tersebut telah dibuka secara rasmi pada 3 Februari 1969, oleh Almarhum Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Abu Bakar. Ketika pembukaannya, operasi unit ini diketuai oleh Dato’ Dr T. Sachithanandan, ketua perkhidmatan Anaesthesiologi Johor ketika itu.


    Susulan pembukaan ICU ini, hospital-hospital kerajaan di negeri lain mula membina fasiliti unit rawatan terapi dan menjadikan unit rawatan rapi Hospital Sultanah Aminah sebagai model tanda aras. Mulai itu, jumlah unit ini terus berkembang dan sehingga 2013, dilaporkan terdapat lebih 600 katil unit rawatan rapi yang beroperasi di 49 hospital kerajaan di seluruh negara.


    Kini, Hospital Sultanah Aminah adalah sebagai hospital rujukan utama bagi negeri Johor. Ia menyediakan 21 perkhidmatan klinikal, 9 perkhidmatan sokongan klinikal dan 5 perkhidmatan sokongan bukan klinikal dan 7 unit di bawah Pengurusan Hospital Sultanah Aminah.


    Berita tentang kebakaran ICU Selatan, Hospital Sultanah Aminah pada 25 Oktober 2016 adalah berita yang amat mendukacitakan. Tragedi ini akan meninggalkan kesan kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung.


    Semoga ini menjadi nahas terakhir di unit ICU yang mempunyai sejarah yang besar dalam perkembangan awal perkhidmatan rawatan rapi di Malaysia.


    Elak sebarkan maklumat yang tidak diketahui kesahihannya. Nantikan laporan rasmi daripada pihak autoriti.


    Salam Takziah


    Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan

    MedTweetMY

    Medical MythBusters Malaysia


    Nota: Saya lahir di Hospital Sultanah Aminah. Ayah saya pernah berkhidmat di sini. Oleh itu, saya juga terkesan.







    0 comments:

    Post a Comment